Testosteron Rendah

Semua yang Anda Perlu Tahu Mengenai Testosteron Rendah

Hormon lelaki, biasanya dikenali sebagai testosteron, dibuat di dalam buah zakar untuk membantu badan dengan pertumbuhan seksual, permatangan, pembiakan dan fungsi metabolisme.

Ringkasnya, hormon penting ini untuk kualiti fizikal lelaki termasuk libido seksual, badan otot jisim, dan rambut muka, kekasaran suara, serta keperibadian berdaya saing. Apa lagi, ia bertanggungjawab penghasilan sperma, mengekalkan tahap optimum sel darah merah, pertumbuhan tulang, fungsi seksual dan rasa kesejahteraan.

  •   Penghasilan testosteron mirip menurun apabila anda berusia.

Menurut Persatuan Urologi Amerika, hampir dua daripada sepuluh lelaki yang berumur enam puluh tahun ke atas menghadapi tahap testosteron rendah. Tahap testosteron dipercayai paling tinggi antara umur 20 dan 30. Selepas itu, ia akan mula menurun secara beransur-ansur.

  •   Menopaus lelaki (Andropause) merujuk kepada pengurangan paras testosteron semasa anda bertambah usia.

Kepada wanita, perubahan hormon yang sama dirujuk sebagai menopause. Pada kebanyakan masa, andropause berlaku pada dekad keempat dan kelima kehidupan. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam dekad ketiga kehidupan dalam sesetengah individual.

  •   Kekurangan testosteron adalah masalah kesihatan umum di Singapura.

Dianggarkan bahawa kira-kira 1 dari 4 orang lelaki Singapura berumur 45 tahun ke atas mengalami beberapa bentuk kekurangan testosteron.

  •  Tahap testosteron yang rendah juga boleh disebabkan oleh penyakit lain.

Ini termasuk hipogonadisme primer (penyakit testis) dan penyakit otak, biasanya hipotalamus atau hipofisis (hipogonadisme sekunder). Walaupun sangat jarang, ia juga boleh menjadi keadaan keturunan, atau ketidakupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap testosteron. Sindrom kekurangan testosteron adalah istilah perubatan yang menggambarkan lelaki yang menderita penurunan kadar testosteron disebabkan oleh keadaan kesihatan yang mendasari.

Apakah gejala testosteron yang rendah?

Jika anda mengalami sebarang gejala berikut, anda mungkin mengalami tahap testosteron rendah:

  • Kehendak seks rendah atau libido rendah
  • Pengurangan jisim otot
  • Perubahan tingkah laku seperti perubahan perasaan
  • Kehilangan rambut badan dan muka
  • Tidak dapat menumpukan perhatian
  • Berasa lemah
  • Masalah berkaitan ejakulasi
  • Disfungsi erektil
  • Gynecomastia (kembangan bahagian dada)
  • Pengurangan kekuatan tulang
  • Kemurungan dan kehilangan motivasi yang tidak dapat dijelaskan

Sekiranya saya mempunyai gejala di atas, adakah ia menunjukkan bahawa saya mengalami testosteron rendah?

Anda perlu mengabil tahu bahawa mengalami gejala di atas tidak semestinya menunjukkan bahawa anda mempunyai testosteron yang rendah. Ini sebab keadaan kesihatan yang lain menunjukkan gejala yang serupa termasuk:

  • Jangkitan seperti HIV
  • Obesiti dan penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang dan hati
  • Diabetes
  • Penggunaan alkohol berlebihan

Bagaimanakah saya mengetahui jika saya mempunyai testosteron yang rendah?

Cara yang paling sesuai dan tepat untuk mengesan keadaan adalah untuk diperiksa doktor dan menentukan jumlah testosteron dalam badan anda. Tahap testosterone berubah dari semasa ke semasa, berkalian ukuran perlu diambil untuk menentukan tahap sebenar testosterone.

Doktor anda mungkin akan menguji tahap ini pada waktu pagi kerana tahap testosteron dianggap paling tinggi pada pagi.

Perlukah saya bimbang tentang tahap penurunan testosteron saya?

Kajian menunjukkan bahawa adanya kemungkinan antara tahap testosteron rendah dan kematian serta risiko kardiovaskular. Namun, ia masih perlu disahkan lagi jika testosteron rendah meningkatkan risiko kardiovaskular atau kematian.

Lebih-lebih lagi, beberapa kajian juga menunjukkan bahawa risiko kanser prostat meningkat jika lelaki mengalami tahap testosteron yang rendah. Selain itu, paras testosteron rendah dikaitkan dengan diabetes, kolesterol tinggi, dan berat badan berlebihan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai testosteron yang rendah?

Testosteron rendah perlu dikendalikan secara holistik, dan juga menguruskan penyakit-penyakit lain serentak.

  • Mengamalkan gaya hidup sihat yang menggabung semanan kerap dan menghilangan lemak badan untuk mencapai berat badan yang sihat.
  • Berhenti merokok dan kurangkan penggunaan alkohol. Penyelidikan telah membuktikan bahawa mengurangkan jumlah lemak badan melalui senaman tetap dan mengamalkan diet yang sihat boleh meningkatkan jumlah testosteron dalam sistem anda.

 Bergantung kepada keadaan anda, ahli pakar kesihatan kami akan menentukan ada perlunya terapi testosteron gantian

Apakah faedah-faedah dari testosteron gantian?

Testosteron gantian membawa manfaat yang sama seperti testosteron, termasuk meningkatkan kehendak seksual anda, jisim otot badan, membolehkan anda menjalani kehidupan seksual yang memuaskan. Ia juga akan meningkatkan kebaikan keseluruhan anda.

Apakah pilihan rawatan untuk testosteron gantian?

Pilihan bagi rawatan testosteron gantian yang kami tawarkan termasuk:

Suntikan Testosteron
Bagi mereka yang tidak ingin mengambil ubat setiap hari, ini adalah pilihan yang baik untuk anda. Suntikan ini biasanya diberi sekali setiap dua hingga tiga bulan.

Pil testosteron
Jika anda tidak selesa dengan jarum, inilah suatu pilihan lain.

Testosteron Gel
Pilihan ini membolehkan penyerapan terbaik dan lebih boleh dipercayai. Apa lagi, ia juga merupakan pilihan yang paling mudah untuk kebanyakan orang kerana hanya perlu sapu gel pada kulit anda.

Schedule Appointment

About The Health Advisory Clinic

Our clinic offers you comprehensive one-stop services that has got you covered from general health, sexual health, men and women’s health to other medical services.

Our Doctor

We approach each patient from a comprehensive model of care and that is why we base our foundation on screening and prevention.

Address/Contact Info

One Raffles Place, #04-49

1 Raffles place, Singapore 048616

Tel: (+65) 6226 6442

Whatsapp: (+65) 9886 6442

Opening Hours

Mon - Fri : 0900 - 1800
Saturday : 0900 - 1400
Sunday & PH : Closed

The Health Advisory Clinic © 2020. All Rights Reserved.